Pemeriksaan Latar Belakang Individu
Kami melakukan penyiasatan latar belakang secara sulit, memastikan setiap spekulasi diperiksa dengan teliti dan berdasarkan pada fakta yang tepat.
Apa yang kami akan lakukan ?
Kami menjalankan semakan latar belakang peribadi seseorang untuk menjamin keselamatan anda dan orang yang anda sayangi.
Pada masa kini, permintaan untuk penyiasat persendirian bagi tujuan peribadi telah meningkat. Penyiasatan persendirian digunakan untuk proses mengambil anak angkat, mengumpul bukti peribadi, dan menjalankan pengawasan. Sesetengah individu memilih untuk menggunakan penyiasatan ini adalah dalam kategori sama ada unutk pengetahuan mereka sendiri atau untuk memberi kesenangan pada mereka tanpa pengetahuan individu yang disasarkan.
Melakukan penyiasatan latar belakang adalah penting dalam situasi di mana anda terlibat dalam percintaan dalam talian atau melalui perkenalan, khususnya untuk mengelakkan risiko menjadi mangsa penipuan cinta. Pemeriksaan latar belakang juga membantu untuk memeriksa adakah pekerja baru anda boleh menjadi pekerja yang boleh dipercayai,dan menilai kesesuaian bakal pasangan anda atau rakan perniagaan yang baru.
Antara cara yang kami lakukan adalah:
Kami akan mengesahkan identiti serta butiran peribadi seseorang dengan melakukan siasatan yang terperinci seperti menyemak butiran, rekod dan dokumen mereka.
Kami menjalankan temubual dengan bekas pekerja untuk mengesahkan tentang prestasi mereka ketika bekerja di tempat terdahulu, untuk menetapkan sama ada mereka benar-benar bekerja di sana dan kami juga akan mengumpul sebarang maklumat penting dari pekerjaan terdahulu mereka.
Kami menyiasat aktiviti dalam talian seseorang, termasuk kehadiran mereka di media sosial untuk melihat apa yang mereka suka, minati, dan lakukan di tempat awam bagi memahami lebih baik tentang tingkah laku mereka, keberadaan, dan orang yang mereka kenal.
Kami menyemak sejarah kewangan seseorang untuk menilai harta terkini mereka, hutang yang belum diselesaikan, dan ketepatan pembayaran bil. Proses ini membantu mengumpul bukti dan menentukan sama ada individu tersebut bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan peribadi mereka.