Tentang Grey Matters

Kami menjalankan penyiasatan peribadi, perisikan, dan pengawasan untuk individu dan organisasi.

Siapa kami

Kami adalah pasukan pakar yang komited dalam mendedahkan perkara sebenar.

Diasaskan pada tahun 2018 oleh bekas pegawai polis yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam menyiasat pelbagai jenis kes dan lebih tertumpu kepada kes-kes jenayah.

Saban tahun, Grey Matters sentiasa membuktikan kepakaran mereka dalam penyiasatan dengan menyelesaikan 90% daripada kes klien kami dan terus berkembang. Perjalanan kami berteraskan dengan komitmen demi kecemerlangan dan kesetiaan yang teguh untuk menjaga pelanggan kami dengan integriti dan profesionalisme.


Kami sentiasa melangkah ke hadapan dengan sepenuh hati dan juga berjanji untuk memberi pengalaman yang berlainan di dalam dunia penyiasatan untuk anda.

Pendekatan Kami

Klien kami boleh mempercayai kami untuk mengendalikan urusan mereka secara lebih professional dan dengan profesionalisme yang melebihi jangkaan mereka.

01

Pendekatan mementingkan pelanggan:

Kami sentiasa mendengar masalah dari klien kami untuk memahami sepenuhnya tentang situasi dan kebimbangan mereka dan juga mengumpulkan maklumat penting. Selepas itu, kami akan memberikan nasihat mengenai masalah yang mereka hadapi berserta bukti yang telah kami dapatkan selama penyiasatan kami.

02

Privasi dan kerahsiaan

Kami memberi keutamaan dengan melindungi maklumat sensitif dan menjaga tahap kerahsiaan dengan ketat, serta memberi komitmen untuk menjadi telus mengenai dasar-dasar dan prosedur kami. Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lanjut mengenai bagaimana kami melindungi privasi anda.

Nilai Kami

Kami memegang tanggungjawab kepada mereka yang mempercayai kualiti kerja kami.

01

Integriti

Komitmen yang teguh terhadap kejujuran, etika, dan kebolehpercayaan dalam setiap tindakan dan keputusan.

02

Kecemerlangan

Sentiasa memberi prestasi yang cemerlang dan kualiti yang lebih baik dalam perkhidmatan.

03

Beri perhatian

Siasatan yang mendorong kepada pemikiran kritis, mencari jalan penyelesaian untuk klien serta memberi sokongan dan dorongan kepada klien.

04

Inovatif

Sentiasa mengeluarkan idea-idea baru, penyelesaian secara kreatif, dan pendekatan berfikir secara progresif.