Penjejakan Lokasi
Kami memantau gerak geri dan interaksi individu, menjejaki aktiviti yang mereka lakukan serta hubungan melalui laman sosial.
Apa yang kami akan lakukan ?
Kami mengumpul maklumat penting tentang individu yang dijadikan sasaran untuk meningkatkan pemahaman terhadap keadaan.
Anda bimbang tentang anak anda yang selalu pulang lewat? Atau adakah pasangan anda selalu menyembunyikan dimana sebenarnya mereka pergi? Jika anda mempunyai kebimbangan seperti ini, ia adalah normal untuk membuatkan anda ingin mencari kebenaran. Dalam pengalaman kami, jika seseorang mempunyai naluri yang kuat, naluri mereka selalunya betul tetapi bukti adalah kunci untuk menyelesaikan masalah. Di situlah kami akan membantu anda.
Kami menjalankan kaedah mengesan dan menjejaki seseorang menggunakan teknologi seperti "tracking devices", aplikasi software khas, dan penjejakan rekod telefon. Ini membantu untuk mendapakan di mana lokasi semasa mereka atau di mana mereka telah berada. Kami juga boleh menggunakan kaedah ini untuk mencari orang yang hilang, menyelesaikan jenayah, dan penyelidikan.
Antara cara yang kami lakukan adalah:
Mengumpulkan bukti dengan mengawasi pasangan dan anak-anak anda tanpa pengetahuan mereka, menggunakan video dan foto.
Gunakan peranti penjejakan untuk mengetahui di mana mereka telah pergi dan berapa lama, memberikan anda jadual waktu yang jelas tentang lokasi mereka.
Melakukan pemantauan ke mana mereka pergi supaya dapat mengumpulkan maklumat penting dan supaya anda tahu tentang keberadaan mereka ketika berada di luar rumah.