Perdagangan & Perniagaan
Kami melindungi kepentingan perniagaan anda, memastikan operasi berada dalam keadaan selamat, mengurangkan risiko, dan mengekalkan reputasi serta aset syarikat anda.
Apa yang kami akan lakukan ?
Kami menjalankan siasatan komersial demi melindungi kepentingan bisnes anda.
Di dalam bidang pengurusan perniagaan, semakin banyak ilmu pengetahuan yang anda miliki mengenai jenama, pesaing, dan industri di dalam perniagaan yang anda ceburi, semakin besar potensi perniagaan anda untuk berkembang. Kebanyakan syarikat mempunyai pekerja yang pakar di dalam bidang perniagaan atau menggunakan penyiasat korporat untuk mengumpul maklumat penting yang membantu mereka kekal relevan di dalam pasaran perniagaan. Sebagai pemilik perniagaan, anda mempunyai hak untuk membimbangi tentang apa yang berlaku di dalam syarikat anda.
Kebimbangan ini terjadi dengan risiko yang ada di dalam syarikat seperti penipuan, gangguan di tempat kerja, pelanggaran kontrak, isu pekerjaan, dan lain-lain. Tujuan penyiasatan komersial adalah untuk memastikan kepentingan perniagaan terjamin tanpa sebarang masalah dan operasi perniagaan dijalankan secara selamat. Penyiasatan komersial juga membantu anda mengurangkan risiko perniagaan dan melindungi reputasi syarikat serta aset seperti pekerja yang cemerlang, dana perniagaan, dan sumber syarikat. Kami membantu untuk mencapai objektif yang jelas dalam menjaga institusi korporat syarikat anda.
Antara cara yang kami lakukan adalah:
Siasat individu yang bakal melakukan kerjasama dengan anda untuk mengetahui latar belakang mereka, bagaimana mereka menjalankan perniagaan, dan bertukar pendapat dan situasi beliau bersama orang yang mempunyai hubungan dengan beliau.
Melakukan pemantauan, awasi pekerja yang anda curiga, kumpulkan bukti, simpan maklumat dan membuat keputusan yang sesuai mengikut peraturan dan tatatertib pekerja.
Selidik hubungan antara individu dan syarikat untuk mengetahui sejarah mereka dan melakukan siasatan untuk mencari sebarang masalah tersembunyi yang mungkin sukar dikesan.