Penyiasatan Pra dan Pasca Perkahwinan

Kami menjalankan semakan latar belakang dan pengawasan untuk mengumpul maklumat tentang individu sebelum atau selepas perkahwinan untuk menetapkan kepercayaan dan kesetiaan.

Apa yang kami akan lakukan ?

Kami memberikan maklumat hasil siasatan kami untuk memastikan anda dapat mengekekalkan hubungan yang lebih yakin dan selamat.

Masalah dalam alam perkahwinan telah meningkat saban tahun bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Kita sering mendengar mengenai pasangan yang menuntut perceraian untuk menamatkan hubungan mereka. Malah, penipuan atau perselingkuhan boleh berlaku pada bila-bila masa di dalam kehidupan berumahtangga, menjadikan anda keliru sama ada ingin meneruskan hubungan atau tidak. Kita tidak mengharapkan perkara seperti ini terjadi kerana kepercayaan merupakan teras kepada setiap hubungan. Tetapi jika anda merasa kepercayaan yang telah dibina tergugat, penyiasat persendirian kami yang mempunyai pengalaman yang luas akan membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anda.

Penyiasatan pasca-perkahwinan bertujuan untuk memberikan bukti yang kukuh mengenai tindakan dan tingkah laku pasangan agar seseorang membuat keputusan yang betul ketika berada di dalam kes penceraian atau hak penjagaan anak. Siasatan ini juga untuk membantu seseorang mengetahui tentang latar belakang bakal pasangan mereka untuk membolehkan mereka membuat keputusan bijak tentang masa depan perkahwinan beliau bersama pasangan.

Kami menjamin kerahsiaan, siasatan yang penuh dengan informasi yang berkualiti, dan memberikan laporan lengkap dalam masa yang cepat. Jika anda merasa pasangan telah melakukan penipuan atau berlaku konflik di dalam rumah tangga, kami boleh membantu anda mendapatkan bukti yang anda perlukan.




Antara cara yang kami lakukan adalah:

Pengawasan:

Mengumpul maklumat mengenai suami atau isteri dan rakan hidup melalui pemerhatian, pengawasan, dan mengikuti setiap jejak langkah dan tingkah laku mereka setiap masa.

Semak Latar Belakang:

Kaji selidik terhadap pasangan termasuk pengesahan identiti seseorang, latar belakang, dan sejarah peribadi pasangan di dalam kehidupan.

Penilaian Kewangan:

Menyelidik keadaan kewangan bakal pasangan untuk mengetahui jika mereka mempunyai sebarang hutang, masalah kewangan atau tanggungjawab untuk membayar komitmen setiap bulan.

Hubungi kami sekarang